Friday 10 May 2013

Wak, KL Sentral & Orang Asing 2

Assalamualaikum.

12.20 am 10/05/2013

Tiba la orang asing yang wak maksudkan tu. Mereka adalah ZZzzz...

Mereka adalah client company wak. Berjalan menonong menyusuri tangga bergerak sambil menyedut hingusnya. Yup! itu memang kebiasaan yang di lakukan salah seorang dari mereka. Menyedut HINGUS!

"Babi! hembus jelah hingus tu, sedut-sedut lepas tu telan !". Herdik wak sorang-sorang. Tapi bukan sebab hingus menghingus ni wak gelarkan mereka orang asing.

Seperti biasa, wak akan memantau kerja mereka di KL Sentral Relay Room. Bunyi macam wak ni power sangat nak pantau memantau orang. Santau menyantau wak pandai lah. Hafis dan Bharathi pun mula beredar meninggalkan wak dengan walkie talkie sebijik menuju ke lokasi yang perlu diperiksa.

Di Relay Room

Wak pun memulakan keje wak dengan membuka segala fail yang diperlukan oleh orang-orang asing ni.

Tiba-tiba..


Suasana berubah ibarat mata tidak berkedip. Bilik yang pada mulanya terang menjadi gelap. Wak meraba mencari arah. Timbul pelbagai persoalan dalam kotak kepala wak. Apakah ini pengakhiran aku disini? Apakah yang berlaku? Apakah blackout seperti Pilihan Raya Umum yang lepas dan keputusan berubah tangan?

Tidak!!

Tika wak mencari arah dan kudrat untuk bangun mencari sinar, mencari apa itu hidup yang sebenarnya. Nyata wak tewas. Tewas dengan serangan yang bertub- tubi. Pada zahirnya wak mampu  untuk merangkak namun pada batinnya wak tewas sepenuhnya. Tiada daya yang wak mampu buat. Wak terus tersungkur,terdampar mengharap keajaiban bakal tiba. Andai itu pengakhirannya wak redha!!

notakakipanjang : 
situasi sebenar - wak menyediakan fail untuk mereka dan memastikan wiring semua betol  tanpa cacat celanya dan kami mulakan testing kami pada malam itu. Tiba-tiba orang asing itu mula berbicara sesama sendiri dan wak mula tak paham pape sebab mereka menggunakan bahasa tamil tanpa subtitle !!

Yup! Mereka adalah orang yang diimport khas dari India termasuk juga bharathi. Tu yang wak lemas tak paham pape terus tertido hingga pukul 4.00 am. hehe


aku bangun
kau duduk
aku tidor
kau jaga
aku senyap
kau bising
aku kentut
kau hidu

puisi tahi wak

No comments:

Post a Comment

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA