Thursday 14 March 2013

Apa ada Dengan Malam Jumaat ?

Assalamualaikum.




Apa ada dengan malam jumaat? Soalan tu kerap berulang kali bermain di kepala otak wak sebelum wak capai akil baligh . Malam jumaat, bapak wak akan sibuk bersiap untuk ke surau meninggalkan kami di rumah. Kadang kala kalau wak merengek nak ikut baru lah bapa wak bawa wak sekali ke surau. Bapak wak jarang bawa wak ke surau kerana takut wak bermain bukannya sembahyang. Itu katanya pada bonda wak.

Di surau wak lihat semua duduk dalam bulatan, ada yang bawa air untuk dijadikan air yassin.. Jamuan makan  pun ada. Itu yang paling wak suka. Orang tengah sibuk sembahyang Isyak, wak akan sibuk jengah makanan apa orang sediakan untuk jemaah-jemaah.

Di pendekkan cerita.. Setelah wak diberi akal,ilmu pencerahan yang sempurna, baru lah wak erti APA ADA DENGAN MALAM JUMAAT.

Kita sering disajikan malam jumaat dengan cerita-cerita hantu di TV. Cerita lagenda nenk moyang kita di drama kan untuk menakut-nakut kan kanak-kanak. PUIH!! wak tak takut pun.. Wekkk!!

p/s: akil baligh = matang ( dewasa ) @ dah boleh kahwin

Wak nak berceloteh tentang KELEBIHAN DAN AMALAN MALAM JUMAAT.


Malam-malam jumaat ni banyak amalan boleh dilakukan untuk mendekatkan diri dengan ALLAH.



  • Surah Yassin

“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati, adapun hati al-Quran adalah Yaasin. Siapa yang membaca Yaasin, maka Allah menulis baginya dengan membacanya itu seperti membaca al-Quran sepuluh kali.”(HR Tarmizi)


  • Bacaan Surah Kahfi
“Dari Abu Said Al-khudri ra dari Nabi Muhammad SAW. Baginda bersabda : Siapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah baginya dengan antara dua Jumaat.”
(Diriwayatkan oleh Baihaqi)





  • Banyakkan Zikir & Selawat



“Manusia yang paling utama bersamaku nanti pada hari Kiamat, ialah orang yang paling banyak mengucapkan selawat kepadaku.” (HR Tarmizi).

  • Qiyamullail ( Solat malam )


Bangun pada waktu malam untuk mengerjakan ibadah kepada Allah s.w.t, bermunajat, memohon keampunan kepadaNYA dengan melakukan solat sunat tahajjud, solat sunat tasbih, solat sunat taubat, solat sunat hajat, solat sunat witir dll.Banyak kan berzikir, bertasbih, bertahmid, dan berdoa kepada Allah s.w.t

“Solat yang paling utama setelah solat wajib iaitu qiyamullail atau solat di tengah malam” (Riwayat Muttafaqun Alaih) Selain itu keutamaan solat Qiyamullail dapat menghindarkan diri daripada gangguan syaitan seterusnya mendapat nikmat kerana dapat berhubungan langsung dengan Allah SWT.



  • Bersetubuh Dengan Isteri


Yang ni wak belum boleh lagi sebab wak belum berkahwin. 

"Pada malam ini sesiapa yang 'datang' kepada isterinya akan diberi pahala oleh Allah s.w.t keatas nya dengan adab-adab yang di ajar oleh islam"

"Mengucapkan salam, lakukan dengan hati yang gembira dan ikhlas, berpakaian bersih dan wangi, berwudhuk, menutupi nya dengan selimut, membaca doa sebelum memulakannya, bersifat lemah-lembut, berdoa selepas melakukannya, mensyukuri nikmat, dan membersihkan diri sesudah melakukannya"


No comments:

Post a Comment

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA