Friday, 10 May 2013

Wak, KL Sentral & Orang Asing

Pada malam yang hening disulam angin sepoi-sepoi yang suam ( malam ni memang panas ) , sedang wak terlalu fokus menghadap kaca kilau dan menjamah papan kunci dengan rakus...

Tiba-tiba!! Alarm enset wak berbunyi dengan jengkelnya sambil menunjukkan peringatannya pada wak untuk memulakan tugas wak untuk negara.

"BABI!" jerit hati kecil wak... Dengan rasa lemah kepala lutut,lemah siku dan segala atok mak nenek lemah, wak gagahkan diri wak bersiaap dan menunggang motorsikal ke KL Sentral. Untuk hilangkan mengantuk wak, wak meneman kan diri dengan bersiul kecil besar dan disulami dengan angan wak membonceng Siti Saleha.





12.00 am 10/05/2013

Sampai wak di KL Sentral. Orang pertama wak nampak adalah Bharathi tersenyum tersengih menampakkan gigi beliau yang kuning. Kalau tak senyum sumpah wak tak nampak! Bertanya khabar seperti biasa " How Are You Wak ? " Bergurau senda bagai macam nak buat wak skandal dia.. PUIH!

Selang 5 minit 19 saat..

12.15 am 10/05/2013

Hafis menyusur turun tangga bergerak dan memberi salam seperti biasa pada wak " Salam Tuan! "

notakaki: korang jangan salah paham.. wak kuli je dalam cerita ni

Hafis dan Bharathi berbual sesam sendiri..terkekeh-kekeh .. ntah ape jua yang dibualkan mereka.. malas wak nak amek pot. Wak memencilkan diri wak yang tak berapa kecil ni di bawah kipas dinding KL Sentral sambil main game Subway Surfers.

12.20 am 10/05/2013

Tiba la orang asing yang wak maksudkan tu. Mereka adalah.. ZZzzzZZZ

notakaki : wak sambung nanti ye.. sumpah mengantuk


wak tak rasa
wak tak hidu
wak tak paham
wak tak erti
wak tak karang
wak tak garap
wak tak baca
wak tak ngaji

Kalau bukan dengan Kehendaknya.. Alhamdulillah!

notakaki : puisi tahi wak

No comments:

Post a Comment

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA