Monday 13 May 2013

Kentut Hari Isnin

Assalamulaikum.

Hari isnin merupakan hari yang pertama dalam seminggu. Hari Isnin juga merupakan hari di mana semua orang akan memulakan hari mereka dengan muka yang diibaratkan bagai muka di sarung SPENDA.

notakaki : Spenda = spentot = underwear

Tapi kalau di sarung spenda Syaridah Sakinah rasanya semua semangat keje bagai dapat tonik yang kuat membuat seseorang itu high.

Wak kidnap dari google
Ok ! Back to the point. Hari isnin juga wak lalui seperti orang-orang lain. Menhadap tool box meeting setiap pagi, di brainwash kan oleh orang-orang atasan. Kadang-kadang wak juga dijemput masuk untuk menyertai meeting projek . Di situ lah wak boleh tengok maki hamun seorang bos pada kuli seperti kami. Hari ni hampir 2 jam lebih wak duduk termangu dalam bilik meeting dengar diorang bergaduh bertumbuk berbincang sesama sendiri sehingga lah kata putus di buat. Nama wak pun kene petik. Ces!! tak guna.

Sesudah meeting wak pun mula mewayang kan diri wak dengan pelbagai keje sambil-sambil memerhati kan jam. Jam 12.00! wak pun setting barang dan motor kemudian terus balik ke rumah.

notakaki: wak bukan ponteng. Wak keje malam, so siang halfday la.

Waktu yang panas terik atas motor di tambah pulak perut wak yang memulas, " ini mesti sebab nasi lemak ni da la mahal tak sedap plak ! " herdik wak atas motor. Terkejut dreba lori sampai termasuk salah lane. Wak pun sampah rumah dengan selamat. Peluh jangan cakap, kalau wak bukak helmet boleh mati semua tumbuhan di sekeliling wak. Wak pun bergegas menuju ke ruang legar lift.

Kelihatan 2 orang mak cik yang baget hot. Gayanya macam baru balik pasar tapi die punya wangi macam pakai perfume setengah botol. Ting! Lift berbunyi, wak pun masuk dengan menahan perut wak yang memulas disetai dengan mak cik yang ala datin.

Mereka pun bersembang

makcik1 : g mana? pasar ke?
makcik2 : aah pasar.. berlari kesana sini.
wak : bodoh! da terang-terang nampak pegang plastik sayur bagai, tak kan g merempit ? ( caci wak kecil tahan nak beron )

notakaki: bero = buang air besar = berak

makcik1 : kalau rumah bawah senang.. ni rumah atas tu yang jadi penat tu
makcik2 : betol, tapi skg ramai sibuk dok kejat beli kete mewah. apa boleh tdo ke dalam kete tu?
wak : btol3x!! ( tak bodoh rupenya mak cik tu )

sedang rancak mereka berbual, Ting! Yes!! da sampai! boleh la wak selesai kan segala permasalah wak.
Wak pun menyusun langkah dengan sopan sambil tersenyum pada mak cik ala datin tu. Bukan itu sahaja wak pun memberi satu sagu hati pada meraka kerana menghidupkan suasanan lift dengan girang nya.

" Nah mak cik ! " bisik kecik wak

Cepppisss !! Ceppppisss!! wak rasa panas je .. wak pun terus berambus dan lift pun tertutup.

notakaki : wak tak tercirit dan wak sempat setel kat rumah. Apa cita la mak cik ala datin tu kan? agak-agak nak buat menantu ke macam wak ni ? kentut silence killer ni.

wak memang suka kidnap2 ni

No comments:

Post a Comment

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA