Friday 15 March 2013

Apa Ada Dengan Hari Sabtu ?

Assalamulaikum.

Hari Sabtu. Saturday!!

" yes! wak bangun awal hari ni ! " jerit kecik wak dalam bilik

Routine wak seperti biasa pada pagi sabtu.


  • wak masuk bilik air tengok muka dan gosok gigi.
  • tengok atas meja apa sarapan bapak wak buat " adoi! tak buat lagi ! " dengus wak dalam hati
  • tengok anak buah wak yang dari tadi dok merengek-rengek. " buat entri pasal Aisy ni ok gak " kepala kecik wak berbicara. Nanti wak cite pasal die lain masa.
Ok korang, hari ni wak nak cite  Apa Ada Dengan Hari Sabtu ?. Untuk yang dah tahu bagus la dan untuk yang tak tahu wak nak celoteh sikit. 

notakaki: wak pun baru tahu. kui3x

http://www.iluvislam.com/

Thursday 14 March 2013

Pecah Otak 2 !! Ini Serius !

Assalamulaikum.

Petang jumaat yang panas-panas, hangit-hangit, dan masam - masam ketiak wak. Sekali lagi wak dalam mode pecah otak memikirkan entri untuk kali ini.

Dengan berkobar-kobar, berlari-lari anak menaiki tangga mencapai pc wak...

Kemudian setengah jam berlalu. Isi untuk entri pun tak da, tangan tak mula menaip cekodok umi je yang ada dalam mulut wak ni menemani wak mengorek segala isi dalam kepala otak wak ni.

Sedang wak berborak dengan cik google..

Farah berjalan lenggang dari pantri menonong ke cermin kaca melihat suasana di luar ofis.

" eh eh perempuan mengandung lagi !! Seronoknya mi !! " girang farah berkata-kata pada umi.

Tiada kene mengena dengan perut sesiapa termasuk wak pun

Rumah Terbakar Panggil Bomba

Assalamulaikum.

Pagi wak bermula dengan menyusuri ruang tangga dari tingkat 13 ke Ground floor. Mengah-mengah wak turun, kalo nak tunggu lift berjanggut wak tunggu.

Dalam wak menyusuri tangga denga suara sayup adik wak..

" wak ! cepat sikit! adik penat tunggu wak jalan depan ni !" Jerit adik wak mengah-mengah

" eh! ko yang jalan lambat, aku lak di salahkan ! " bisik wak sorang. ( nak cakap nanti tambah mengah )

Wak pun macam biasa menjalankan routine wak setiap pagi menghantar adik wak ke sekolah.

On the way ke opis..

" adoi !! perut memulas plak !! " jerit kecil wak dalam helmet wak yang sedap baunya ni ha.

gaya duduk wak da semacam orang merepit... punggung ( sopan ) wak sudah x cecah seat motor lagi. Target wak hanya station minyak yang berdekatan..

" YES!!! " Jerit wak gembira .. Bangla yang sibuk menyapu lantai terkejut terduduk tengok wak jalan terkengkang kengkang tahan nak berak.

sesampai wak di opis..

" umi !! why are you late ? ( tanya wak dengan nada Bharathi )

" aku tak tido semalam ! rumah bawah aku terbakar ! " jawab umi kembang kempis hidungnya ( penat naik tangga)

" lor !! terbakar? ko tolong padam kan ke ! ? " tanya wak buat-buat serius ( padahal wak tgh sibuk nak on pc)

Gambaran wak masa umi ceritakan kejadian

Apa ada Dengan Malam Jumaat ?

Assalamualaikum.




Apa ada dengan malam jumaat? Soalan tu kerap berulang kali bermain di kepala otak wak sebelum wak capai akil baligh . Malam jumaat, bapak wak akan sibuk bersiap untuk ke surau meninggalkan kami di rumah. Kadang kala kalau wak merengek nak ikut baru lah bapa wak bawa wak sekali ke surau. Bapak wak jarang bawa wak ke surau kerana takut wak bermain bukannya sembahyang. Itu katanya pada bonda wak.

Di surau wak lihat semua duduk dalam bulatan, ada yang bawa air untuk dijadikan air yassin.. Jamuan makan  pun ada. Itu yang paling wak suka. Orang tengah sibuk sembahyang Isyak, wak akan sibuk jengah makanan apa orang sediakan untuk jemaah-jemaah.

Di pendekkan cerita.. Setelah wak diberi akal,ilmu pencerahan yang sempurna, baru lah wak erti APA ADA DENGAN MALAM JUMAAT.

Kita sering disajikan malam jumaat dengan cerita-cerita hantu di TV. Cerita lagenda nenk moyang kita di drama kan untuk menakut-nakut kan kanak-kanak. PUIH!! wak tak takut pun.. Wekkk!!

p/s: akil baligh = matang ( dewasa ) @ dah boleh kahwin

Wak nak berceloteh tentang KELEBIHAN DAN AMALAN MALAM JUMAAT.


Wednesday 13 March 2013

Lelaki ke Perempuan?

Assalamualaikum.

" farah! belanja aku Pizza! " ujar amat mendongak kepala.

" kau la belanja aku, kau laki ! " jawab farah serius.

p/s: Gambar hiasan. WAK ade taste tau!

Pecah Otak !! Ini Serius!


Assalamualaikum.


" Wak nak tulis blog ah hari ni untuk entri ke 2 !!" kata wak sendiri kat atas motor tadi. Bunyi suara wak dapat didengari  sehingga terkejut makcik yang bonceng moto laki dia. Takkan motor wak plak kan?

Sesampai wak di opis..

" Nak tulis apa nih! " bisik wak seorang..

Salam Perkenalan Wak untuk Korang!!

Assalamualaikum.

Tanggal 13 Mac 2013, akhirnya berjaya jugak wak siapkan apa yang patut untuk menghasilkan blog ini.
Sebelum wak berkelana lebih jauh, wak ingin perkenalkan diri wak terlebih dahulu pada korang.
Nama wak adalah Ahmad Wak. Kenapa "Wak"?

Ini semua POYO!!!




Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA