Tuesday 1 October 2013

Tiada Tajuk

Assalamualaikum

Pheeww... It's great to see me writing again right?

notakaki : ok kalau bosan cakap dekat wak.. tak da hal lah..

Since I will not update my blog frequently, I want to admit something...

 I blog whenever I want to. Simple right?? So if there are no updates from me.. it's mean that I'm in the  PECAH OTAK mode.

notakaki : Pecah otak = bangang + tepu yang melampau.

Yes! I'm Back !

Assalamualaikum.

Well Hello There !!

Ya ya ya.. Thank You . Alhamdulillah .. I'm in good condition! tip top as always.

kehkehkehkeh..

Wow ! It's been a long time that I'm not updating my blog. It's just like my other identity does not allow me to update my blog. Sometimes I become a person who does not care anymore about his blog.

Please accept my apologies.

By the Way !! Welcome my new followers!! 


veryveryverylongfootnote: 

apa cite wak speaking? 

" cool kan? google translate je pun.. Di sebabkan wak dah bertukar bos.. dan bos wak pun dah macam  tauke KFC - Colonel Sanders. Terpaksa lah berlatih sikit-sikit "



Thursday 29 August 2013

Pecah Otak 5 !! Mashup Lyrics Paling Selekeh !

Mulia di balas syurga
Dosa kan sengsara
Itu hukum karma

Gadis idaman ku
Bilakah sampainya waktu
Untuk kita bertemu
Dalam cinta
wak copet dari google

Wednesday 28 August 2013

Awek Pavillion or Awek Mamak ?

Assalamualaikum.

Hai Blogas Semua !

Petang yang slow hari ini untuk wak.. Pfftttt!! Terlalu banyak stunt wak dah hasil kan dalam mewayang melakukan kerja sehingga lah ...

" ces! tak boleh jadi macam ni.. tepu lemak perut aku hari hari macam ni " ngomel wak sambil godek2 keyboard.

Wak pun bangun dari kerusi sambil pegang document dan pensil, berjalan dengan penuh gaya Engineer.. Pergi ke project organization yang tertepek di dinding untuk melihat kalau-kalau ada perubahan yang dilakukan oleh Elly.

notakaki : takut Elly letak position wak General Manager plak!


wak copet dari pak Google


Tuesday 20 August 2013

Wak Cinta Jannah !

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Agak lama wak delay nak update entri baru ni. Biasa lah makan open house banyak sangat, tu jadi tepu tu.. nak taip entri pun tak tertaip - taip lagi.

By the way, Alhamdulillah ! Hari ni wak berjaya untuk tulis satu lagi entri untuk wak share dengan korang.

wak :

" Ada cita ko la kt tv3 "
" hehe "

Sunday 18 August 2013

Mati ! Bersediakah Kita?

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Pada suatu malam yang hening dan sunyi.. sedang wak berpeluh dahi dan ketiak dalam menyelamatkan laptop wak dari terus jahanam.......

" ting ting ! " ringtone hanphone wak berbunyi.

" damn ! sape plak mesej aku memalam ni ? mesej la waktu subuh, senang sikit aku nak bangun " dengus wak sesorang.

umi : Assalamualaikum !

wak : Waalaikumussalam

umi : aku kol amad x angkat2.msg xreply
         Nak tanye sal LC skit
         Riso plak aku
         Biasa dia kalu nampak miskol or msg ak die reply balik

notakaki : LC = Location Case
gambaran korang untuk LC - ihsan dari google



Thursday 15 August 2013

Pecah Otak 4 !! Ini Serius !

Assalamualaikum & Salam Lebaran

Hai blogas semua !!

 Sebelum wak sembang panjang lebar biar wak buat pengakuan berani mati hari ni.

" Aku tak idea nak tulis apa dalam entri ni !! "


Wednesday 7 August 2013

SALAM AIDILFITRI

Assalamualaikum.

Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua blogger, follower, penyokong dan pembaca blog wak ni tak kira korang di mana pun sekarang ni. Wak nak memohon jugak seribu kemaafan andai tutur cara wak ada yang mengguriskan hati korang. Semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna dan sempurna buat korang semua.


Sunday 4 August 2013

Yeah ! It's Time for Hari Raya Holiday !

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Diam tak diam. Kecoh tak kecoh ! Ramadhan sudah nak tinggal kan kita. Tinggalkan untuk 11 bulan lamanya. Serius wak rasa something dalam bulan mulia ni. Macam-macam dah berlaku dan wak lakukan dengan rela hati dan kadang kala dalam keterpaksaan jugak. Tapi wak yakin.. Allah know's better than me right? Dan wak selalu ingatkan diri wak yang hina ni.. bila Allah uji wak, maknanya DIA masih sayang kan wak.. Alhamdulillah

notakaki: speaking wat orang pening

Ok ! tak payah nak muqaddimah panjang panjang sangat. Sedih-sedih pulak pagi-pagi isnin ni. No ! Ini masanya untuk wak bergembira pasal hari ni hari terkahir wak bekerja seblum bercuti raya.. Yeah !!

wak kidnap dari google

Saturday 3 August 2013

Dongeng Si Buntal

Assalamualaikum & Salam Ramadhan.

Hari ini hari Sabtu. Memang lah hari Sabtu tak kan Selasa plak. Wak selalunya memang akan ada masalah untuk buat pendahuluan entri. Macam buat karangan dekat sekolah. Isi dah bersepah satu muka surat, tapi bila nak buat pendahuluan cerita mesti ada macam bunyi macam ni..

" krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik krik"

tak ada kene mengena dalam ini kisah

Thursday 1 August 2013

Allah Would Never Give Us Something We Can't Handle

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

notakaki : belum start tulis dah ade notakaki.. ce tgk atas .. tajuk entri wak in English lah !

Hari Jumaat ! Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak tinggalkan kita semula untuk 11 bulan lamanya. Dan tinggal beberapa hari je lagi kita nak raikan kemenangan kita. Yeah!! wak dah tak sabar nak cuti .. tension dah dok ofis lama-lama.

wak kidnap dari google

OK ! Hari ni wak nak share something yang agak serius sikit. So wak akan lebih matang dalam entri ni. Tak de hingus-hingus hijau dah sambil tulis entri seperti sebelum ni.

Jam 7.50 pagi

wak :

" bro! assalamulaikum.. ape cite semalam? "

Wednesday 31 July 2013

Genap Setahun Kerja di GRSB

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Rasa macam baru semalam.. Pffttt!!

notakaki : tak perlu dramatic sangat permulaan perenggan tu

Hari ni 1 Ogos 2013 genap lah setahun wak bekerja sebagai Engineer di GRSB ni. Wak pun tak perasaan sampai lah di pagi yang sejuk ditemani air cond yg dingin ni, fahmi pun tegur wak dengan loghat Terengganunya :

fahmi :

" wak ! setahun da kita keje kat sini.. haha "

wak :

" eah? aah la.. dah 1 ari bulan .. lagi 26 hari lagi nak gaji !! Yeah! "

fahmi :

" PFfftt !! "
wak kidnap dari google


Tuesday 30 July 2013

Kebaikan Berjoging di Bulan Pose! Wak Berjoging ke?

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Berikut adalah sketsa yang benar-benar terjadi. Memang ada kaitan dengan yang hidup dan tiada kaitan dengan yang mati sebab watak dalam sketsa ini blom pun mati lagi.

Di suatu petang yang kecoh dan kalut .. Dimana wak bermandi peluh, mengerah segala keringat yang wak ada untuk bentang paper untuk standby makanan berbuka pose.. Ting Ting.. enset wak berbunyi .. tertera la mesej dimana .....

seperti biasa wak kidnap dari cik google


farahmore : 

" wak! Balik ar "

Monday 29 July 2013

Pecah Otak 3 !! Ini Serius Sangat !

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

Lama rasanya tak masuk dalam mode pecah otak ni. " well ! biasa lah orang da expert menulis " bangga wak sorang diri. Kembang kempis perut wak menggegarkan laptop wak ni.

Ok! wak tak ada benda sangat nak cerita dan nak diceritakan. Tak ada puisi nak dipuisikan. Tak ada madah yang wak nak lagukan.

Wak cuma rasa menulis. Apa saja yang terlintas dalam kepala hotak wak ni, wak akan taip lah. Contohnya macam yang wak fikirkan sekarang :

" apa syial aku nak meroyan malam ni? " hahaha.. wak berseloroh.

notakaki : berseloroh = bergurau

" nak tulis puisi pun idea tak mari2 lagi " lagi wak berseloroh dengan muka yang ketat dan nafas perut yang sedikit perlahan.

" tak kan nak buat sesi luahan hati lagi? nanti orang ingat aku ni jiwa kacau je hari2 " soal menyoal mula bermain dalam kepala hotak wak ni.

OK!! Amek ni :


Hari Semalam
Sudah Menjadi Sejarah
Hari Ini
Apa yang Kita Lakukan
Hari Esok
Hari yang belum Pasti untuk Kita

as usual wak kidnap

Thursday 25 July 2013

Kawan atau Cinta ?

Assalamualaikum.

Hamboi wak ni.. Bulan2 pose gini pun nak ngomel2 pasal rasa gundah gulana sang hati. Ape kes?

"eh suka hati aku lah. Entri aku ! " herdik wak dengan bayang2 wak sendiri.

notakaki : bodoh cakap sorang2.

Ok! Back to the point..

Kawan atau Cinta? Cinta atau Kawan? Kawan atau Cinta?

Thursday 27 June 2013

Monday 24 June 2013

Puisi Tahi : Dia?

Kalau itu yang dah tertulis, kita padam pun akan tinggal kan kesan jugak. Macam baju terkena minyak, basuh guna sabun paling mahal pun akan tinggalkan kesan jugak.

Mata kiri wak asyik terkedip-kedip terkelip -kelip terkenyut kenyit sejak minggu lepas lagi.

"pesal syial mata aku ni?" bisik wak atas motor sorang-sorang.

apa tajuk post wak tadi? owh ! DIA?

Friday 14 June 2013

CInta Biasa itu Bukan Luar Biasa

Assalamualaikum..

Wak tak nak cerita banyak dalam entri ni.. tulis bebanyak pun korang tak baca.
Rabu lepas wak lepak minum dengan kawan-kawan wak..


suasana di Food Junction Mid Valley

mum: jiha ko da ade bf?

Monday 13 May 2013

Saya Sebenarnya Pondan

Hello korang!

"Kejadah apa pagi-pagi buta tulis entri? "
"Ada ke orang nak baca ? "
" Tak boleh nak tunggu siang sikit ke ?"

masalahnya...

"ADA AKU KESAH KE ? "

Setelah wak penat - penat balik kerja malam ni, wak pun melabuhkan bontot wak di atas tilam yang tak berape nak empuk. Orang yang mengantok betul je boleh tidur. Kalau tak jangan harap. Wak pun melayari lah alam siber untuk merehat kan minda wak ni yang memang da tengah serabut.

Tiba-tiba.. PFFFFFTtttt!!

Ingat tak video yang Pffffttt tu?

wak kidnap dari google

Video baru sayang wak yang terbaru

Kentut Hari Isnin

Assalamulaikum.

Hari isnin merupakan hari yang pertama dalam seminggu. Hari Isnin juga merupakan hari di mana semua orang akan memulakan hari mereka dengan muka yang diibaratkan bagai muka di sarung SPENDA.

notakaki : Spenda = spentot = underwear

Tapi kalau di sarung spenda Syaridah Sakinah rasanya semua semangat keje bagai dapat tonik yang kuat membuat seseorang itu high.

Wak kidnap dari google
Ok ! Back to the point. Hari isnin juga wak lalui seperti orang-orang lain. Menhadap tool box meeting setiap pagi, di brainwash kan oleh orang-orang atasan. Kadang-kadang wak juga dijemput masuk untuk menyertai meeting projek . Di situ lah wak boleh tengok maki hamun seorang bos pada kuli seperti kami. Hari ni hampir 2 jam lebih wak duduk termangu dalam bilik meeting dengar diorang bergaduh bertumbuk berbincang sesama sendiri sehingga lah kata putus di buat. Nama wak pun kene petik. Ces!! tak guna.

Sesudah meeting wak pun mula mewayang kan diri wak dengan pelbagai keje sambil-sambil memerhati kan jam. Jam 12.00! wak pun setting barang dan motor kemudian terus balik ke rumah.

notakaki: wak bukan ponteng. Wak keje malam, so siang halfday la.

Waktu yang panas terik atas motor di tambah pulak perut wak yang memulas, " ini mesti sebab nasi lemak ni da la mahal tak sedap plak ! " herdik wak atas motor. Terkejut dreba lori sampai termasuk salah lane. Wak pun sampah rumah dengan selamat. Peluh jangan cakap, kalau wak bukak helmet boleh mati semua tumbuhan di sekeliling wak. Wak pun bergegas menuju ke ruang legar lift.

Kelihatan 2 orang mak cik yang baget hot. Gayanya macam baru balik pasar tapi die punya wangi macam pakai perfume setengah botol. Ting! Lift berbunyi, wak pun masuk dengan menahan perut wak yang memulas disetai dengan mak cik yang ala datin.

Mereka pun bersembang

makcik1 : g mana? pasar ke?
makcik2 : aah pasar.. berlari kesana sini.
wak : bodoh! da terang-terang nampak pegang plastik sayur bagai, tak kan g merempit ? ( caci wak kecil tahan nak beron )

notakaki: bero = buang air besar = berak

makcik1 : kalau rumah bawah senang.. ni rumah atas tu yang jadi penat tu
makcik2 : betol, tapi skg ramai sibuk dok kejat beli kete mewah. apa boleh tdo ke dalam kete tu?
wak : btol3x!! ( tak bodoh rupenya mak cik tu )

sedang rancak mereka berbual, Ting! Yes!! da sampai! boleh la wak selesai kan segala permasalah wak.
Wak pun menyusun langkah dengan sopan sambil tersenyum pada mak cik ala datin tu. Bukan itu sahaja wak pun memberi satu sagu hati pada meraka kerana menghidupkan suasanan lift dengan girang nya.

" Nah mak cik ! " bisik kecik wak

Cepppisss !! Ceppppisss!! wak rasa panas je .. wak pun terus berambus dan lift pun tertutup.

notakaki : wak tak tercirit dan wak sempat setel kat rumah. Apa cita la mak cik ala datin tu kan? agak-agak nak buat menantu ke macam wak ni ? kentut silence killer ni.

wak memang suka kidnap2 ni

Sunday 12 May 2013

Puisi Tahi : Hati Kayu

Assalamualaikum

Pada malam ahad yang suam-suam kuku. Wak cuma berkain pelikat dan tak berbaju but tak pakai boxer merah. haha. Wak dengan tahap kebosanan yang melampau melayari lah ke alam siber dan terjumpa status kawan wak di facebook.

Dengan rasa tanggungjawab yang besar terhadap kawan wak, wak pun menegur beliau dengan gentlenye

Wak kidnap dari cik Google

wakTdo ka de?
sueBelom
        Nape
wakOwh.. Saje je.. Ko ok ke? Status remuk kemik bagai
sueHahaa
       Skali skala jiwang
       Klakar kan idup ni
       (;
wakAmboi
         Haha
         Bole la amek nukilan ko ni letak dalam blog aku
         Haha
         Hidup mmg klaka ( jawab wak tak paham situasi )
sueHahaha
       Apa blog ko
       Meh nk baca
       Ne taw ley nanges2
       Hahaaa
wakcelotehwak.blogspot.com ( promote blog sendiri )
         Ni mesti selalu nangis ni
sueHahaha
        Mimpi ku rinduu
        Beshh (;
wakhaha
         jiwang membe aku ni
         patut la jadi nurse

Saturday 11 May 2013

Puisi Wangi : IBU


02.07am
12.05.2013
wak kidnap dari cik google


Ibu
I'm Hungry
Ibu
Where's my shirt?
Ibu
Is dinner ready yet?
Ibu
I can't find my...
Ibu
I'm cold

Lipstik Merah, Spenda Merah & Bra Merah

Hello korang.!!

Pada malam ahad yang hening ni, sedang wak sedang melayari alam yang penuh dusta,penuh fitnah,penuh benci tiba2 wak terjumpa video yang Pfffffttt!!



Friday 10 May 2013

Wak, KL Sentral & Orang Asing 2

Assalamualaikum.

12.20 am 10/05/2013

Tiba la orang asing yang wak maksudkan tu. Mereka adalah ZZzzz...

Mereka adalah client company wak. Berjalan menonong menyusuri tangga bergerak sambil menyedut hingusnya. Yup! itu memang kebiasaan yang di lakukan salah seorang dari mereka. Menyedut HINGUS!

"Babi! hembus jelah hingus tu, sedut-sedut lepas tu telan !". Herdik wak sorang-sorang. Tapi bukan sebab hingus menghingus ni wak gelarkan mereka orang asing.

Seperti biasa, wak akan memantau kerja mereka di KL Sentral Relay Room. Bunyi macam wak ni power sangat nak pantau memantau orang. Santau menyantau wak pandai lah. Hafis dan Bharathi pun mula beredar meninggalkan wak dengan walkie talkie sebijik menuju ke lokasi yang perlu diperiksa.

Di Relay Room

Wak pun memulakan keje wak dengan membuka segala fail yang diperlukan oleh orang-orang asing ni.

Tiba-tiba..

Puisi Tahi : Mimpi ku Rindu


10/05/2013
22.13 pm

Mimpi ku Rindu

Mimpi ku
Kau hadir tanpa diundang
Mimpi ku
Kau hadir berikanku harapan
Mimpi ku 
Kau hadir menyemai perasaanku
Mimpi ku
Kau hadir seolah dunia tiada esoknya
Mimpi ku
Besarnya rindu hingga mimpi tafsir kan perasaan ku

Hati Kaca ke Wak?


2013/05/10

humi : Wak, aku diskas ngn jeya td ni baru tgk tpon. npe wak?

wak : Npe msg aku kt fb td?

humi : ouh xde saje tanya kabo. olo bekengnye.

wak : owh..ingt kn pasal ape tadi.. ngeh3x

humi : Td Jeya kol barati suh pulangkan ko ngn fami. Die bengang sbb dpt tau korang g site kene wat wiring

wak : ala .. Bkn Selalu pun buat wiring.. Rase mmg x dpt.. Sbb next week aku ngn fami ade element test..

notakaki: sembang ala2 jurutera poyo

Wak, KL Sentral & Orang Asing

Pada malam yang hening disulam angin sepoi-sepoi yang suam ( malam ni memang panas ) , sedang wak terlalu fokus menghadap kaca kilau dan menjamah papan kunci dengan rakus...

Tiba-tiba!! Alarm enset wak berbunyi dengan jengkelnya sambil menunjukkan peringatannya pada wak untuk memulakan tugas wak untuk negara.

"BABI!" jerit hati kecil wak... Dengan rasa lemah kepala lutut,lemah siku dan segala atok mak nenek lemah, wak gagahkan diri wak bersiaap dan menunggang motorsikal ke KL Sentral. Untuk hilangkan mengantuk wak, wak meneman kan diri dengan bersiul kecil besar dan disulami dengan angan wak membonceng Siti Saleha.


Thursday 9 May 2013

Kaca Kilau, Papan Kunci dan Aku

9/05/2013
21:06

Kaca kilau ku renung
Papan kunci ku sentuh lembut
Segala kudrat otak ku kerah
Mencari segenap apa yang tinggal pada diri ni

Kaca kilau ku renung lagi
Papan kunci mula ku sentuh rakus
Otak ku mula berlari setempat mengikuti rentak jari ku
Setiap apa yang dijumpai dalam lari nya digapai dan diterjamahkan disini

Kaca kilau kini ku renung lagi
Papan kunci masih bergetar dek kerakusan ku
Menceritakan, mengkhabar kan tentang sesuatu yang ku pasti itu adalah aku.
Ya!! Benar itu lah Aku.

Aku yang kerap merenung kaca kilau
Aku yang rakus pada papan kunci
Aku yang mengerah segala kudrat otak ku yang pada akhirnya hanya berlari setempat (ces!!)
Aku memohon seribu izin menggarap apa yang kurasakan adalah aku.

p/s: piuhhhh~~ 

Jangan Kau rasa Kau adalah Aku


I'm Sorry

Assalamualaikum..

Sorry pasal lama aku tak update pasal blog ni. eh? apasal AKU? hahaha..

Wak  sekarang sudah duduk bandar, terikut-ikut susur arus kehidupan bandar yang penuh dengan drama-drama nya.

wak tak tau nak borak apa dekat entri ni.. wak pun rasa bongok, bangang dan segala macam perasaan bila wak bukak dashboard ni ..

InsyaAllah wak akan terus cuba update blog ni segala daya wak termampu..



Suka ku kau Suka ku
Suka ku kau Sayang ku
Suka ku kau Hargai ku

p/s : puisi tahi wak.




Friday 15 March 2013

Apa Ada Dengan Hari Sabtu ?

Assalamulaikum.

Hari Sabtu. Saturday!!

" yes! wak bangun awal hari ni ! " jerit kecik wak dalam bilik

Routine wak seperti biasa pada pagi sabtu.


  • wak masuk bilik air tengok muka dan gosok gigi.
  • tengok atas meja apa sarapan bapak wak buat " adoi! tak buat lagi ! " dengus wak dalam hati
  • tengok anak buah wak yang dari tadi dok merengek-rengek. " buat entri pasal Aisy ni ok gak " kepala kecik wak berbicara. Nanti wak cite pasal die lain masa.
Ok korang, hari ni wak nak cite  Apa Ada Dengan Hari Sabtu ?. Untuk yang dah tahu bagus la dan untuk yang tak tahu wak nak celoteh sikit. 

notakaki: wak pun baru tahu. kui3x

http://www.iluvislam.com/

Thursday 14 March 2013

Pecah Otak 2 !! Ini Serius !

Assalamulaikum.

Petang jumaat yang panas-panas, hangit-hangit, dan masam - masam ketiak wak. Sekali lagi wak dalam mode pecah otak memikirkan entri untuk kali ini.

Dengan berkobar-kobar, berlari-lari anak menaiki tangga mencapai pc wak...

Kemudian setengah jam berlalu. Isi untuk entri pun tak da, tangan tak mula menaip cekodok umi je yang ada dalam mulut wak ni menemani wak mengorek segala isi dalam kepala otak wak ni.

Sedang wak berborak dengan cik google..

Farah berjalan lenggang dari pantri menonong ke cermin kaca melihat suasana di luar ofis.

" eh eh perempuan mengandung lagi !! Seronoknya mi !! " girang farah berkata-kata pada umi.

Tiada kene mengena dengan perut sesiapa termasuk wak pun

Rumah Terbakar Panggil Bomba

Assalamulaikum.

Pagi wak bermula dengan menyusuri ruang tangga dari tingkat 13 ke Ground floor. Mengah-mengah wak turun, kalo nak tunggu lift berjanggut wak tunggu.

Dalam wak menyusuri tangga denga suara sayup adik wak..

" wak ! cepat sikit! adik penat tunggu wak jalan depan ni !" Jerit adik wak mengah-mengah

" eh! ko yang jalan lambat, aku lak di salahkan ! " bisik wak sorang. ( nak cakap nanti tambah mengah )

Wak pun macam biasa menjalankan routine wak setiap pagi menghantar adik wak ke sekolah.

On the way ke opis..

" adoi !! perut memulas plak !! " jerit kecil wak dalam helmet wak yang sedap baunya ni ha.

gaya duduk wak da semacam orang merepit... punggung ( sopan ) wak sudah x cecah seat motor lagi. Target wak hanya station minyak yang berdekatan..

" YES!!! " Jerit wak gembira .. Bangla yang sibuk menyapu lantai terkejut terduduk tengok wak jalan terkengkang kengkang tahan nak berak.

sesampai wak di opis..

" umi !! why are you late ? ( tanya wak dengan nada Bharathi )

" aku tak tido semalam ! rumah bawah aku terbakar ! " jawab umi kembang kempis hidungnya ( penat naik tangga)

" lor !! terbakar? ko tolong padam kan ke ! ? " tanya wak buat-buat serius ( padahal wak tgh sibuk nak on pc)

Gambaran wak masa umi ceritakan kejadian

Apa ada Dengan Malam Jumaat ?

Assalamualaikum.




Apa ada dengan malam jumaat? Soalan tu kerap berulang kali bermain di kepala otak wak sebelum wak capai akil baligh . Malam jumaat, bapak wak akan sibuk bersiap untuk ke surau meninggalkan kami di rumah. Kadang kala kalau wak merengek nak ikut baru lah bapa wak bawa wak sekali ke surau. Bapak wak jarang bawa wak ke surau kerana takut wak bermain bukannya sembahyang. Itu katanya pada bonda wak.

Di surau wak lihat semua duduk dalam bulatan, ada yang bawa air untuk dijadikan air yassin.. Jamuan makan  pun ada. Itu yang paling wak suka. Orang tengah sibuk sembahyang Isyak, wak akan sibuk jengah makanan apa orang sediakan untuk jemaah-jemaah.

Di pendekkan cerita.. Setelah wak diberi akal,ilmu pencerahan yang sempurna, baru lah wak erti APA ADA DENGAN MALAM JUMAAT.

Kita sering disajikan malam jumaat dengan cerita-cerita hantu di TV. Cerita lagenda nenk moyang kita di drama kan untuk menakut-nakut kan kanak-kanak. PUIH!! wak tak takut pun.. Wekkk!!

p/s: akil baligh = matang ( dewasa ) @ dah boleh kahwin

Wak nak berceloteh tentang KELEBIHAN DAN AMALAN MALAM JUMAAT.


Wednesday 13 March 2013

Lelaki ke Perempuan?

Assalamualaikum.

" farah! belanja aku Pizza! " ujar amat mendongak kepala.

" kau la belanja aku, kau laki ! " jawab farah serius.

p/s: Gambar hiasan. WAK ade taste tau!

Pecah Otak !! Ini Serius!


Assalamualaikum.


" Wak nak tulis blog ah hari ni untuk entri ke 2 !!" kata wak sendiri kat atas motor tadi. Bunyi suara wak dapat didengari  sehingga terkejut makcik yang bonceng moto laki dia. Takkan motor wak plak kan?

Sesampai wak di opis..

" Nak tulis apa nih! " bisik wak seorang..

Salam Perkenalan Wak untuk Korang!!

Assalamualaikum.

Tanggal 13 Mac 2013, akhirnya berjaya jugak wak siapkan apa yang patut untuk menghasilkan blog ini.
Sebelum wak berkelana lebih jauh, wak ingin perkenalkan diri wak terlebih dahulu pada korang.
Nama wak adalah Ahmad Wak. Kenapa "Wak"?

Ini semua POYO!!!




Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA