Thursday 1 August 2013

Allah Would Never Give Us Something We Can't Handle

Assalamualaikum & Salam Ramadhan

notakaki : belum start tulis dah ade notakaki.. ce tgk atas .. tajuk entri wak in English lah !

Hari Jumaat ! Tinggal beberapa hari je lagi Ramadhan nak tinggalkan kita semula untuk 11 bulan lamanya. Dan tinggal beberapa hari je lagi kita nak raikan kemenangan kita. Yeah!! wak dah tak sabar nak cuti .. tension dah dok ofis lama-lama.

wak kidnap dari google

OK ! Hari ni wak nak share something yang agak serius sikit. So wak akan lebih matang dalam entri ni. Tak de hingus-hingus hijau dah sambil tulis entri seperti sebelum ni.

Jam 7.50 pagi

wak :

" bro! assalamulaikum.. ape cite semalam? "




djo :

" waalaikumussalam.. fuhh semalam totally lost.. mata aku dah denyut2.. tu aku balik rumah terus "

wak :

" ko lepak masjid sampai sebelum zuhur ke ? "

djo :

" yup! masjid kita solat Jumaat.. aku hari nak half day pastu nak tambah cuti Isnin direct sampai raya "

wak :

" perghhh !! sumpah aku jeles "

djo :

" aku dah tak tahan bro.. tekanan banyak sangat "

wak :

" tekanan sebab keje ke sebab orang ? " ( tanya wak serius! )

djo :

" macam2.. keje ade.. family aku lagi "

wak :

" lor.. pasal bapak ko ke ? "

djo :

" bapak aku.. mak cik aku lagi "

wak :

" tak pe bro.. ko patut bersyukur dapat dugaan bulan2 pose ni .. tak ramai yang dapat "

notakakipanjang :

Datang sesuatu musibah percayalah ada hikmah atau permata yang indah di baliknya untuk kita. Macam mana nak dapat permata tersebut ?


  1. Pasrah akan takdirnya
  2. Jangan lakukan sesuatu yang boleh merosakkan diri kita atau pun orang lain.
  3. Dekatkan diri dengan Allah. Ketika musibah tiba, di situlah kehadiran Allah. Dia akan datang, hampir dan menarik kita untuk dekat padanYa bila mana kita semakin jauh dariNya. Itu tanda Allah masih sayang pada kita.
  4. Hadapinya dengan rasa yakin, ucapkan lah Aku pasrah ya ALLAH dengan MahuMu, Aku Yakin takdirMu yang terbaik. Aku serahkan segala masalah ini kepada MU dan aku yakin Kau akan menguruskan dengan sempurna.
  5. Jangan putuskan zikir kita pada Allah. Sentiasalah ingat padaNya.

Jika baca tak dapat ertinya.. Maka mengeja lah.



3 comments:

  1. ALLAH TAHU APA YANG TERBAIK UNTUK UMATNYA..

    ReplyDelete
  2. semoga Allah permudahkan urusan sahabat wak.

    ReplyDelete
  3. baguslah dpt kawan mcm wak. caring.

    ReplyDelete

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA