Thursday, 14 March 2013

Rumah Terbakar Panggil Bomba

Assalamulaikum.

Pagi wak bermula dengan menyusuri ruang tangga dari tingkat 13 ke Ground floor. Mengah-mengah wak turun, kalo nak tunggu lift berjanggut wak tunggu.

Dalam wak menyusuri tangga denga suara sayup adik wak..

" wak ! cepat sikit! adik penat tunggu wak jalan depan ni !" Jerit adik wak mengah-mengah

" eh! ko yang jalan lambat, aku lak di salahkan ! " bisik wak sorang. ( nak cakap nanti tambah mengah )

Wak pun macam biasa menjalankan routine wak setiap pagi menghantar adik wak ke sekolah.

On the way ke opis..

" adoi !! perut memulas plak !! " jerit kecil wak dalam helmet wak yang sedap baunya ni ha.

gaya duduk wak da semacam orang merepit... punggung ( sopan ) wak sudah x cecah seat motor lagi. Target wak hanya station minyak yang berdekatan..

" YES!!! " Jerit wak gembira .. Bangla yang sibuk menyapu lantai terkejut terduduk tengok wak jalan terkengkang kengkang tahan nak berak.

sesampai wak di opis..

" umi !! why are you late ? ( tanya wak dengan nada Bharathi )

" aku tak tido semalam ! rumah bawah aku terbakar ! " jawab umi kembang kempis hidungnya ( penat naik tangga)

" lor !! terbakar? ko tolong padam kan ke ! ? " tanya wak buat-buat serius ( padahal wak tgh sibuk nak on pc)

Gambaran wak masa umi ceritakan kejadian



" iye lah! bawah rumah aku je kot ! laki bini minta tolong ! sian laki dia terbakar ! aku anta anak-anak dia pergi rumah pengasuh pagi tadi ! " balas umi dengan loghat Terengganunya.

" macam mane bole terbakar ! ? " wak mula serius dengan soalan wak

" ada gas bocor, lepas tu laki dia pergi tengok kat dapu, On suis lampu terus sambar dia ! " cerita umi satu persatu pada wak.

" owh.. litar pintas la ni! " jawab wak dengan bijak.

" aku tdo kul 5 kot ! tak mandi aku ari ni ! " mengaku umi dengan selamba.

" damn! " bisik wak sorang-sorang.

p/s: umi ni sengal-sengal comel..

krikkrikkrikkrik... perbualan wak dengan umi tergantung cam tu je..



" bomba datang berlumba-lumba ! " nyanyi umi pada amat





No comments:

Post a Comment

Korang Mesti Nak Baca

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wak Nak bagi DUIT RAYA